Ini saya...

My photo
love art and design.fun and creative.full of ideas and always bloated!ehhehehe Designer.photographer.teacher... Art teacher :P

Followers

Tabung duit beli ipone4S

chenta!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Qhalif~

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Q love mommy's super milk!

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Duit tabung beli ipad2

Saturday, April 4, 2009

TALENTIME...






An Awesome movie!Beautiful Songs...i really enjoyed the show...
crying weih..alia crying again!Emosi plak!serius emosi...
pergi la tgk...ceria dan lagu-lagunya sangat indah...
shoot yang sangat beremosi..boleh ke camtu..ke aku je yang emosi lebih?ehhehe
anyway, Yasmin Ahmad,i adore you!
Lovely Film LOvely me....

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai. (english)

No comments: