Ini saya...

My photo
love art and design.fun and creative.full of ideas and always bloated!ehhehehe Designer.photographer.teacher... Art teacher :P

Followers

Tabung duit beli ipone4S

chenta!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Qhalif~

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Q love mommy's super milk!

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Duit tabung beli ipad2

Friday, August 15, 2008

Mengimbau tahun sembilan puluhan...

Setiap kali balik dari sekolah,ada masanya aku terpandang seseorang yang boleh mencuri pandangan mata aku ni.Ada kalanya gerak mata aku yang liar ni sangat nakal(muka aku tengah senyum2 comel lagi nakal)heheh atau ada orang kata aku kalau pandang orang macam nak makan orang.slalu aku tak perasan aku akan pandang orang macam tu(kalau ada sesapa kat sebelah yang perasan,slalunya kawan-kawan akan tegur..."Woi!apahal ko pandang camtu sekali tuh?". Kadang-kadang tak bekelip-kelip mata aku ni..dah la mata aku ni besar...Tapi sebenarnya bukan ada apa-apa pun..aku di beri anugerah untuk melihat.jadi aku gunakan sebaiknya.ehhe

Setiap kali aku nampak dia ni,hati aku akan bersoal jawab sendiri antaranya seperti
1.Dia ni sekolah mana..(sebab aku tau dia bukan dari 2 buah sekolah yang berjiran dengan sekolah aku ni)
2.berapa umur dia ni?(kecik je..sama umur ke?)
3.Hari apa dia slalu kat sini(sebab kadang-kadang aku nampak,takla macam budak biasa dah tau dah diorang ni ada je)
4.Dia ni memang sorang-sorang ke..(hmmm...pelik juga)

Yang paling aku perasan,dia slalu menyelempang beg kesebelah kanan atau ke kiri.tak pakai tudung, jalan dan senyuman dia paling aku ingat,..heheh comel macam orang tak pakai kasut dan dia ada gigi taring manis sebelah kiri tak silap aku...(cemana plak nak explain ni)eish stalker gila aku ni...yang pasti tiap kali aku ternampak,pasti aku senyum sendirian.bagi aku dia ni pelik.ntah aku pun tak tau.bukan aku kenal pun.

hari dah berganti hari,tahun pun dah bertambah-tambah,aku terperasan sesuatu...dia dah tak ada...dah tak kelihatan lagi mana dia pergi?memang dah tak ada dah..hmmmm...aku pun dah keluar.Dah habis sekolah.Dah bermula kehidupan baru di tempat pengajian baru di sekolah seni lukis. :)

2 minggu lepas ciku kawan aku nih call borak-borak...ciku minta pendapat dan idea-idea serta khidmat nasihat...apa yang aku boleh bantu aku pun blablablabla... aku pun bila dah bercakap paham-paham je la...heheh tiba-tiba ciku kata "ko cakap ngan kawan aku nih ha" erk...sapa la ni ciku...layankan.rancak juga berbual.ramah sungguh kawan dia ni.aku pun tak janggal...nama dia Dudi.

3hari lepas ciku kata nak datang...nak berdiskusi tentang projek yang dibincangkan.
semalam 15.8.2008,6.30pm la lebih kurang mereka ni sampai di rumah aku ni.ada Ciku,Dudi dan Adi...salam-salam hi sana sini..duduk berbincang,gelak-gelak...
tiba-tiba...mulut aku ni ringan bertanya (sebab hati aku ni dah berdetik,muka sama,cara sama,dan yang paling sama senyum dia)
apa lagi aku pun tanyala.eh,ko slalu selempang beg,jalan mcm ni..blablabla,sorang-sorang blabla....ciku menyampuk..whooo ko pengintip!eheh soalan-soalan yang aku simpan bertahun-tahun...hahahha rupanya diala budak slalu aku nampak masa balik skolah tu.ahhaha

Patutla aku tak nampak dia lama,dia 4tahun senior dari aku.aku masih sekolah dia dah keluarla plak sengal!nama dia DUDI AZIZ(ni nama panggilan dia)nama betul dia Madihah.
borak-borak lagi cerita-cerita lagi dan aku ada kawan baru...

yeaay!

2 comments:

dudi said...

erm..
erm...
erm....
erm.....

nite n sleep well

Anonymous said...

Hai ada juga yang macam ni dlm dunia ni.

Semoga kau sentiasa hidup bahagia.